Friday, October 31, 2008

n3 janji apdet.. =)

salam semua

aku tepek gambar je le. janji apdet. hehe

beli aiskrim ptg tadi. safwan yg ambil sendiri dr peti sejuk kedai runcit. 4 bungkus aiskrim, 2 batang kayu menang hadiah.. huhu.

aku tak tau, ni labi2 ke kura2?. tp ni le haiwan kesayangan safwan. dikelek ke sana ke mari. jgn le diusik kesayangan dia nih. maunya mengamuk sakan. aku beli kt sg buloh. RM6 sekor tuu.. hehe.. :) 2 ekor ni blm ada nama lg. aku nk namakan dia apa ek? hihi


note: manje, naurah.. ko guna software apa eh edit gambar kt blog korang?.. cun leee.. hihi

Thursday, October 30, 2008

remaja oh! remaja

salam semua =)

pagi td aku uruskan dua kes pelajar yg mencuri. nk tau mrk curi apa? kelapa sawit milik sekolah. huhu. mrk baru tingkatan 3 dn 1. kedua2nya lelaki. ditangkap tukang kebun sekolah jam 7.00 ptg!.

ok.. itu bkn isunya.

si bdk tingkatan 3 dipanggil bapanya ke sekolah. dlm bilik HEM yg sejuk kami bertemu dn berbincang dgn si bapa. susah juga nk jelaskan perihal si bapa. sepanjang perbicaraan, si bapa asik2 ketawa dn cuma marahkan anaknya dgn manja.

kami siasat cara si bapa melayan anaknya di rumah. rupanya anaknya dimanjakan sgt. diberi duit saku RM 3 ke sekolah. tak cukup dgn itu, RM 1 lagi setiap kali keluar rumah walaupun hanya ke masjid atau jln2 rumah kawan.

si bapa tahu yg anaknya merokok dn memiliki nset. malah di cuma ketawa bila kami beritahu yg anaknya terlalu muda utk merokok dn ada nset. si bapa juga tahu anaknya lepak2 kt kedai makan sampai lewat mlm. pun riak wajahnya biasa2 aje. tak ada riak serba salah dn kesal di wajahnya. kami pula yg rasa serba salah memanggil dia ke sekolah.

langsung tak boleh diharap.

abes kisah si bapa. kami uruskan pula sorang lagi. kali ni mak bdk form 1 pula. si ibu menangis sambil bercerita ttg kenakalan anaknya. puas sudah dimarah, dilempang dn dirotan agar anaknya berubah. namun masih gagal jua. masih suka lepak2 sampai larut malam. isk.. kami jd pening. knp kami jd pening?.. teruskan baca.. :)

si ibu kata anaknya mula berubah sejak berkawan dgn sekumpulan bdk2 nakal. kesian pula kami dgr ceritanya. dn kami cuma mampu beri nasihat. sbb kami dh pening. bdk2 nakal, kaki merokok tp lepak2 kt mesjid sampai larut malam.. :( mlh bdk2 ni kalau ponteng sekolah pun lepak2 kt mesjid. isk..

pasni nk kna panggil ajk mesjid pula kot.. huhu

note: aku msh bertahan dgn ubat-tahan-sakit. :(

Wednesday, October 29, 2008

task completed!

salam semua =)

lega!. itu yg aku rasa masa ni. aku dh berjaya masukkan semua markah percubaan spm dn hantar ke kementerian sebelum tarikh akhir 31hb nih. ada 22 subjek semuanya.

aku juga dh siapkan soalan exam akhir tahun tamadun dunia utk tingkatan 6 rendah. insyallah sebentar lagi akan print. exam esok, hari ni baru nk buat soalan. huhu

menariknya, oleh kerana aku tak mampu nak duduk lama2 dpn laptop nih, aku buat soalan tu sekejap duduk sekejap berdiri. hehe. lantak le kawan2 tgk. kalau kt rumah dh tentu aku menaip sambil meniarap.

tadi juga aku ambil masa menyorok sat kt bilik sukan. waktu tu rasa sakit tak tertahan. aku baring atas tilam lompat tinggi dn akhirnya tertidur. sblm tu aku makan ubat yg doktor jual bekalkan. terbangun dari tidur rupanya aku dh terlepas 1 waktu jaga kelas exam. terus bergegas basuh muka dn mendaki tangga 3 tingkat. sepanjang jaga exam tu pun, aku terus berdiri dn berjalan sbb masih tak dpt duduk.

aku juga terlepas jamuan tadika safwan ptg nih. kesian kt dia. umi dia pun tak dpt pergi sbb diarahkan hadir mesyuarat tiba2. aku perlu balik sbb rasa sakit tak tertahan lagi. akhirnya aku kirim je safwan pergi dgn penjaganya.

isk.. rasa terkilan juga sbnrnya. mudah2an safwan tak terasa di saat rakan2 dia ada mak bapa dtg beraya bersama kt tadika, sedang dia cuma ditemani seorang atuk tua. huhuhu.. sedia le kami kena jwb bebel dia mlm nih. :P