Wednesday, April 30, 2008

jawab tag cahayamata pula.. :)

cahayamata atau bahasa arab dia nur 'ain. hehe.. telah tag aku sejak 1 April lepas. aku mmg dh lupa sgt2 tag dia. sori 'ain eh. bukan aku sengaja. tapi aku dh tua. lalu penyakit lupa menyapa. hihi..

so ini lah tag dia:

@ Orang yang BAIK adalah..
# orang yang baik dgn Allah, sesama manusia dn alam sekelilignya..

@ SAHABAT selalunya..
# menegur aku kalau aku buat silap..

@ MenCINTAI adalah..
# meletakkan cintanya yang agung pada Allah..

@ Putus CINTA bila...
# eer... putus cinta tu apa ek? hehe

@ DUIT buat saya tiba-tiba jadi...
# king kong.. waaaarrgghhhh!!

@ Saya RINDU..
# arwah atuk.. :) aaaaa... jgn le tanya soalan nih lagi.. huhuu

@ Cara saya menunjukkan KASIH SAYANG..
# kunci pintu rumah sebelum tidur. aku org terakhir tidur stlh pastikan semuanya okey..

@ Bila saya DIKHIANATI...
# menangis dalam hati.. huhu

@ Saya pilih BUNGA apabila...
# aaaa.. tak reti le beli bunga. satu2nya bunga yg aku beli ialah 2 jenis bunga kertas dgn pasu2nya sekali. aku bawa dgn motosikal tuuu.

@ Tiga orang yang saya ingin katakan I LOVE U setiap hari ialah...
1. diri sendiri 2. isteri 3. anak aku yg lasak tuh.

@ Waktu saya 13 tahun, saat paling tak dapat dilupakan...
# kena tunggu bas sekolah setiap sebelum subuh dn solat subuh kt dlm kelas.

@ Waktu saya 21 tahun, saat paling tak dapat dilupakan...
# hehe... aku grad kt UKM.. 2nd class upper je..

@ Saya MENANGIS bila...
# eeerr.. masa mak aku sakit. tapi aku nanges kt belakang adik beradik. kt dpn buat2 cool jek. hehe

@ CANTIK pada kacamata saya…
# cantik pekertinya.. :)

@ Tak ada yang paling mengGEMBIRAkan saya kecuali...
# bersama keluarga setiap hari. tambah gembira bila chelsea, arsenal dn ManU kalah dlm game mrk. wahahahhaa

@ Jika saya boleh UBAH sesuatu, ia adalah...
# terima lanjut pelajaran kt Madinah Munawwarah. kenapa le dulu aku tolak.. huhu.. sori ayah!!

@ Jika SENYUMAN tidak boleh dihentikan, saya akan…
# pergi hospital, jumpa doktor. :)

@ Tiga orang INSAN paling penting dalam hidup saya...
1. mak dan bapa saya.
2. isteri saya.
3. anak saya.

@ Jika saya ada RM 1 JUTA, saya akan berikan kepada...(selain 3 orang di atas)...
1. mak bapa aku. nak bagi juga. tak kira!.
2. keluarga aku.
3. jadi modal bisness.. hehe

@ Jika kamu ingin BERJAYA, maka kamu mesti….
# usaha+doa+tawakal

@ Warna yang memberi saya INSPIRASI...
# biru (tapi bukan chelsea), hijau+putih hehe..

@ Duit bukan segala-galanya, TETAPI…
# aku perlu duit utk bagi keluarga aku selesa.. :)

@ Saat paling MENYENTUH PERASAAN pernah saya lalui adalah…
# terlanggar kucing yg tgh mengandung anak 8, tinggal tunggu masa beranak, masa keluar nak beli juadah berbuka. huhu

@ Saya akan TERSENYUM PANJANG bila…
# berangan sedang terbang di awan..

@ Dan..bila saya GEMBIRA, saya…
# biasa je.. hehe mcm tadek perasaan jek.

@ Jika saya tak dapat CINTA si dia, maka saya…
# erk!. soalan provokasi. next.. hehe

@ Perkara yang paling INDAH telah saya lakukan SEMALAM adalah…
# berjaya cuci kereta setelah sebulan berlumut. lalallalallaa

@ Jika saya boleh menulis sebuah buku, TAJUKnya adalah…
# "cikgu jawe: the untold story" wakakakkakaa!!

@ Sebelum saya PERGI buat SELAMA-SELAMANYA..saya ingin..
#maafkan semua orang dn minta maaf pada semua. *sob*

@ Saat melakukan semua 30 SOALAN ini, saya rasa…
# sangat terseksa. awat le byk sgt soalan ko nih 'ain ooiiii.. hahahhaa..

note: aku takmau tag sesapa lah. hari ni nk jadi baik. hehe.

Tuesday, April 29, 2008

jawab tag lagi..

salam semua :)

kali ni maryam dgn sukati dia mentag aku tanpa belas kasihan. untuk memuaskan hati dia yg tgh bz tuh, aku dgn mulianya menjawab le tag dia yg sgt2 payah tuh. huhuhu

soalannya, berikan 8 perkara yang aku nak bagitau kt member blog ttg diri aku. ni le soalan yg paling dahsyat aku kena jawab. adeh!. mengalahkan buat tesis!. mana le aku tau apa yg org nak tau ttg aku. ntah2 org2 lain pun tak nak tau pun sapa aku. :)

apa ek? ok..

1. nama aku bermula dgn huruf S. bukan sulaiman, bukan so'od, bukan samad. bukan sgt2 sarah atau salmah. Isteri aku juga nama dia mula dari S. hehe.. pandai2 le teka. hehe. 2nd wife... eerrrr.. haha.. larikkkkkkk *spekulasi bahaya*

2. aku anak sulung. satu2nya lelaki dlm keluarga. semua adik2 aku perempuan. manakala isteri aku satu2nya perempuan dlm keluarga dia. yg lain beradik dia lelaki.

3. 7hb aku lahir. tarikh yg sama dgn bapa mertua aku. kami lahir tarikh yg sama, bulan yg sama tp tahun yg lain. kalau sambut besday serentak dgn pak mertua. wakakakaaa.. *segan*

4. dulu2 masa aku sekolah kecik dn sekolah besar, aku pernah menyertai hampir semua jamaah Islam kt Malaysia. PAS, ABIM, JIM, tabligh malah Arqam juga. ikut usrah mereka, aktiviti dn fikrah mrk juga. umno? errrkkk.. hihi.. hahaha.. pastu aku dh buat ketetapan pilih satu yg sesuai.. harap2 kekal le. woit! bukan al-Qaeda tau. tapi aku sgt2 terbuka dgn semua NGO Islam. semuanya bagus, manhaj lain tapi matlamat sama.

5. aku rasa aku pemain bola keranjang yang hebat. hahaha *perasan*. sebab dulu masa kat sekolah, aku boleh jaringkan gol dari tengah bulatan padang. aku berenti main bola keranjang bila tgn kiri aku patah dn aku terlantar sebulan kt sepital. masa tu lagi 1 bln nk STPM. aku ambek STPM dgn tgn berbalut.. huhu. mujur dpt 5 prinsipal.. hehe

6. apa lagi eh?. haaa.. aku mmg pemalu. aku pernah kunci diri dlm bilik masa isteri aku bawa kwn2 dia si anak2 dara time mrk belajar buat kek dgn isteri aku. nasib baik mrk dtg mlm. kalau siang mau aku nyorok kt kebun. wahahahhaa!!.

7. aku tak kisah bergambar. tapi aku tak gemar tgk diri aku sendiri kt gambar. rasa mcm gelihati jek tgk aku kt gambar tuh. apa punya pelik perangai. tu le sebab aku tak tepek muka aku kt blog. hehe. *alasan*

8. aku pakai kaca mata. kawan aku kata org yg pakai spek ni ensem dn tampan. pun nampak genius gitu. haha. aku terpaksa terima je le kenyataan taknak menghampakan kawan2. haha...

byk lagi nak cerita. tp kalau aku cerita semua sama mcm aku dedahkan semua maklumat penting kt agen perisik blog. apapun, aku syukur jadi diri aku. syukur pada kelebihan dn kekurangan aku.

ada tag dr manje, airynnz, cik ati dn sapa lagi yg belum aku jwb. huhu. aku pun dh lupa apa soalannya. :) bukan taknak jwb, cuma soalan korang ckp omputih. fail aku camnih. sungguh! hehe..

sekian.

update (11.20 pm) woit! aku lupa le nak tag orang lain. jadi dengan sukacitanya beta berkenan mentag nama-nama di bawah:

1. neeza shahril.
2. silversarina.
3. hayad.
4. nurul.
5. fathiyyah.

tu 5 org pertama yg respon n3 aku tadi. hahaha.. *sudah terkena*. fathiyyah dh jwb tag secara tiba2. hehe maka dia selamat. tapi aku nak org2 kt bawah ni jwb juga. tak kira. hehe

6. akirasuri.
7. wanie.
8. cahayamata.

Sunday, April 27, 2008

apasal semua orang rindu-rinduan nih..?

minta sikit encik!..

buka blog silversarina cerita rindu.
buka blog wiween pun pasal rindu.
buka blog kak neeza pun ala-ala rindu juga.
blog suzie pun sama.
blog iman qaisara sudah tentu pasal rindu. hehe.
sapa lagi ek?
ahaa..
blog nanonano pun pasal seakan2 rindu gak.
blog sarah hari tu cerita rindu juga.

ni apasal semua rindu2an nih..

macam ni aku pun nak merindu jugaklah. errr... rindu kat sapa ek? tapi tak mau lah. sebab rindu tu menyakitkan dan melemaskan.

nak layan rock kapak jelah mcm nih. yea! yea!

note: sebenarnya emosi aku tgh sedikit terganggu. huhu.. *mcm nak nanges rasanya*

bertamulah air mata. tidak mengapa kau mengirim salam.. kerna sudah lama kau tidak mengalir di pipi.. :(