Thursday, February 28, 2008

mimpi yang pulang..


aku akan melangkah pergi dari sini. dari dunia blog yang berwarna warni. aku mahu mencari secangkir damai untuk kuhirup. jangan ditanya ke mana aku pergi.

izinkan aku melangkah. mencari mimpi untuk ku bawa pulang..

doakan aku kawan..

note: aku akan kembali dlm ini blog. gile ke apa tinggal rumah blm siap. ekekekkee. tapi buat sementara ni aku nk beruzlah, mengasingkan diri seketika.. :)

jaga diri baik2.

Wednesday, February 27, 2008

terkenang dulu2..

gambar aku ambek kt sekinchan. kt chalet yg aku cerita tu lee..

bila aku tgk budak2 ni mandi kt taliair, teringat aku masa kecik2 dulu.

lepas abes je sekolah agama petang, aku dgn kawan2 aku akan pergi mandi sungai depan rumah aku. kami akan mandi lama2 tak hengat dunia sampai senja.

dan biasanya bapa aku akan sambut aku kt tebing sungai dgn ranting kayu kt tangan dia. hahaha.. lepas tu korang faham2 je lee.. adeh! adeh!.. huhu.. waaaaaaaa!!!

aku berenti mandi sungai bila satu kejadian aku hampir lemas. mujur kawan aku selamatkan aku. aku ingat lagi nama kawan aku tu. Razali, aku panggil dia Jali.

Jali tak lulus UPSR. (dulu apa ek..?). dia buta huruf, satu huruf pun dia tak kenal. tapi dia sgt handal matematik (masa tu kira-kira). kalau setakat campur tolak darab bahagi, kalkulator pun kalah. malah dia boleh selesaikan 4-5 angka kombinasi + - x / dgn mudah melalui congakan shj. sungguh!. Maha Adil Allah.

satu hari Jali beli paper. aku tanya dia: "buat pe ko beli paper?, bkn ko blh baca..". dia jawab: "aku nk tgk gambar ziana zain". masa tu ziana zain tgh melotop. hahahaa.. lucu le ko Jali.

aku terhutang budi kt ko Jali. mana ko sekarang?. dh jadi profesor matematik ke ko..

aku rindu zaman kanak2..

aku rindu nk mcm dulu mandi sungai, main lastik, main kunda kundi, main galah panjang..
rindu kt Jali, Jemin dn Ipul. Mana korang eh?

aku rindu zaman kanak2 tak payah fikir pasal politik dn kezaliman manusia. tak payah fikir kebengongan SPR. tak payah fikir bangsa Melayu yang bangang asek kena tipu bulat2 media. tak payah fikir bangsa Melayu yang maruah diri semurah kain pelikat..

mari belajar kira-kira

dialog aku dgn murid2 aku semalam masa kt makmal kimia.

umur awak berapa tahun?
17 tahun..

satu tahun berapa hari?
365 hari..

17 tahun ada berapa hari?
6,205 hari..

kalau satu hari buat 1 dosa, ada berapa dosa?
6,205 dosa..

kalau sehari buat 2 dosa?
12,410 dosa..

kalau sehari 3 dosa?
aaaaaa....! cikguuuu!!! jgn le mcm tu.. takuuutttt!!!

hihihiii

Firman Allah S.W.T. :

“Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk (dosa), ini peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.”
(Surah Hud Ayat 114)

Rasulullah S.A.W. Bersabda : Allah berfirman, “Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umatmu. Aku telah berjanji dengan diriku barangsiapa mengerjakan solatnya pada ketika masuk waktunya, dia akan dimasukkan kedalam Syurga. Umatmu yang tidak menjaga solatnya tidaklah termasuk dalam perjanjian ini.”

Daripada Usman bin Affan r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang berwudhu' lalu memperbaguskan wudhu'-nya, maka keluarlah kesalahan-kesalahannya dari bawah kuku-kukunya." (Riwayat Muslim)