Thursday, May 8, 2008

hatiku berbunga-bunga.. =)

salam semua.

3 hari aku dh tak gi sekolah. kalau campur sabtu dn ahad, campur minggu sudah aku hadiri kursus protokol, dh 7 hari tak dtg sekolah. wah! mcm cuti penggal. hehe

hari ni hari khamis. hari batik sedunia. aku pakai batik warna biru yang aku beli kt pasaraya. (kebanyakan baju dn seluar aku beli kt pasaraya dn pasar malam jek.. hehe..) saat kaki melangkah ke dalam bilik guru. saspen jek. maklum le mcm dh lama tinggalkan sekolah. rasa mcm baru lapor diri jek.. haha!

sebaik masuk ke dalam bilik guru, kawan2 sambut dgn senyuman.. masing bertanya khabar.. hihi

"hai.. cikgu, lama tak nampak" kata cikgu Y. kawan aku time lawan makan nasik. hehe

"wah!.. baru sekarang muncul.." sambung cikgu A. kawan baik aku org kedah yg aku pergi rumahnya kt kedah masa dia kawen.

aku cuma tersenyum.

"kursus" aku jawab pendek. senyum lagi..

sebenarnya, masa 3 hari aku kt pkg bukit badong, kak A, cikgu bhs melayu ada hantar sms kenapa tak dtg sekolah dn tanya khabar juga. cikgu R, setiausaha peperiksaan; pun ada tepon tanya benda yang sama. aku suka cikgu R. dia sgt tenang orgnya.

ustazah Sal, ustazah Su dn ustaz S pun beri respon yg sama sebaik aku masuk dlm bilik guru.

"mana pergi? lama tak jumpa.." kata ustazah Sal. ustazah Su hanya tersenyum.

"wah! lamanya tak nampak dia.." sambung kak M. ketua panitia sejarah. aku anggap dia mcm kakak kandung aku. kalau ada masalah kt dia le aku merengek mengadu. hehe

aku hanya mampu tersenyum. syukur. ada kawan2 yang masih prihatin. hehe. aku rasa sgt gembira. rasa dihargai. rasa dirindui ahak!.

PKG bukit Badong tempat aku bertapa selama 3 hari.


laman belakang sekolah aku. huhu.. kulihat hijauuuuuuuu. yg lapang belakang rimbunan pokok2 tu adlh selat melaka.

===============================================================


hari ni keputusan PTK 2007 keluar. aku check kt internet. menambah lagi rasa bahagia aku.. :)


hehe. aku bukan le pandai sgt belajar. masa ambik exam ptk nih tak baca satu apa pun. malah aku ambil dlm keadaan demam. pagi tu nak exam, baru terkial2 cari pensel dn pemadam.

bila keputusan aku dpt umum : 3; khusus: 3.. aku rasa syukur sgt. ni pun kira lulus juga. walau tak dpt 4 markah penuh.

hari yg menyenangkan. walau gigi makin sakit. hahaha..

nota:
semua watak yg aku tulis "cikgu" adlh lelaki.."

Wednesday, May 7, 2008

ompong le gue..

salam malam khamis..

mlm tadi aku tak lena tidur dibuatnya. jam 3 pagi dia cari pasal. dia paksa aku yang tgh lena bangun serta merta. kemudian dia paksa aku jgn tidur. asal nak tidur je dia buat hal..

baring takleh. berdiri takleh. meniarap takleh. nak menonggeng buang tebiat pula. hahaha..

isk.. sampai hati dia derhaka kt tuannya ini. tak tahu ke dia aku ni keturunan raja? raja yang kehilangan negeri akibat serangan resakse naga dn cacing? huhu

sepanjang siang tadi dia masih kacau aku. buat aku hilang mood. hilang selera. hilang kosentrasi. adehh..

jadi aku ajar dia petang tadi. aku panjat bangunan tiga tingkat dn berdiri di bumbung bangunan.. erk!. aku pergi jumpa kawan aku minta tolong ajar sikit dia. dari jam 3 pagi tak abes2 nak sakat aku dia nih. tak tahan!. kan ku bomohkan dia biar dia kena penjara masuk botol dn dibuang kt tengah laut

kawan aku segera arahkan pembantu2nya yang seramai 5 orang tuh mengelilingi aku. ada yang pegang tisu. ada pegang gerudi. ada pegang penyepit. ada pegang kertas tanda harga. hek!. yg lain aku tak tahu sbb aku pejam mata kengerian. sungguh!.

maka proses rawatan pun bermula.. dia guna perisa cengkih utk memadamkan kesakitan?

dia cadang kt aku buat rawatan khas. tapi mak aih! kos dia nih mahal. sgt mahal. aku tanya berapa. dia kata RM850. mak aih!. boleh beli beras 50 kampit!

aku cakap kat kawan aku.:

puan doktor.. cabut je le dia.. tak berani le buat rawatan akar nih. huhu

rupanya 2 batang gigi aku baru nak tumbuh berlubang. patut le merenyam semacam jek.

antara rawatan akar yg sgt mahal dn cabut saja. aku tak tau nak pilih. kalau cabut, aku akan ompong kt geraham.. huhu. dh kurang ensem gigi tadek.. hehe. takleh senyum lebar2 mcm dulu.

kalau rawatan akar.. mahal oooooo. tak berani. =)

adeh!. masih sakit lagi.. huhu

keputusan kuiz!

salam semua =)

nampaknya kuiz yang aku bagi telah dijawab dengan perasaan bercampur baur.. hehe

tahniah kepada maryam, khairnaj, arsaili, nurul dn fathiyyah yang mencuba menjawab.

kepada akirasuri, dee_dee (dia tetiba cerita pasal kuala selangor. tak jwb soalan sungguh dia nih.. hehe), one, cahayamata, eira, iman_qaisara dn cikgu panji sori ek. permintaan korang utk hadiah tadek. sebab soalan sgt2 senang.

soalan tuh utk form 4 subjek tasawwur islam.

meh kita tgk jawapan kuiz. setelah disemak oleh pakar2 berkaitan dn hakim2 yg bertauliah kepada etika kehakiman. segala bantahan boleh dibuat dgn byrn RM50 utk satu soalan. berani ke? huahuahua!

tak payah le bantah2 nih. benda kecik aje..

1. Berikut adalah cara untuk kita memelihara alam KECUALI ____________

C. Menanam semula hutan yang diteroka.
menanam semula aktiviti memulihara BUKAN memelihara. hehe

2. Pernyataan di atas menerangkan nilai _______________

B. Bekerjasama.
soalan mudah sgt. budak tahap 1 pun boleh jwb.

3. Berikut adalah benar tentang Nabi dan Rasul:

A. Nabi Ibrahim sepupu Nabi Luth.
masa 2 malaikat dtg utk timpakan azab kpd umat nabi Luth, 2 malaikat jumpa dulu Nabi Ibrahim dn berikan 2 khabar. khabar gembira iaitu baginda akan dpt anak, dn khabar duka, umat Nabi Luth akan dibinasakan hari itu.

Nabi Ibrahim kerisauan lalu memanjat bukit dn melihat azab diturunkan dr atas bukit.

4. Proses kejadian insan bermula daripada

C. air mani.
ni soalan SPM 2007. kata kawan aku. kt skema jwpn kata cam tuh. huhu

5. Berapa ramaikah bilangan Rasul

B. 313 orang. sama mcm ahli perang badar.
yg wajib tahu mmg ada 25. tapi jumlah semua yg Allah pernah utus 313 orang.

jadi jawapannya:

1. C
2. B
3. A
4. C
5. B

ada sesiapa yg betul semua jwpn?
khairnaj hampir-hampir lah. mentang2 dia baru lepas SPM. hehe

________________________________________

note:

1. Nabi Harun ABANG Nabi Musa.
2. Nabi Syuaib BAPA MERTUA Nabi Musa. tongkat Nabi Musa ni le asalnya tongkat Nabi Syuaib.
3. Nabi Zakaria BAPA Nabi Yahya.

murid2.. nak kuiz lagi ke? hihi..