salam semua:
hari ni 1 mei. orang kata hari pekerja. dan hari ni cuti umum. aku nak cerita sikit sejarah dunia kerja aku..
aku mula kerja cari rezeki sejak sekolah rendah lagi. bersama2 kawan2 sekampung,
aku redah kebun orang dn petik kangkung kt parit. kami ikat2 ia dan jaja sekeliling kampung seikat 50 sen. kami pergi dari rumah ke rumah. sehinggalah mak aku suruh aku berenti jual kangkung. tak tau pula kenapa mak aku suruh aku berenti. huhu..
lepas SPM, aku ikut pakcik aku
niaga buah kt pasar malam. pakcik aku anak2 dia semua perempuan. dn masa tu masih kecil2 semuanya. kiranya aku diperlukan utk menemankan dia pergi ambil buah kt pasar borong selayang. kami akan keluar awal pagi sebelum subuh. solat subuh di masjid paya jaras. sampai selayang dalam jam 10.00. dan berniaga kt pasar malam sekitar meru dn kapar. masa tu le aku asah bakat aku nyaringkan suara "epal..limau..belimbing.. soploh ringgit.." hehe
aku berenti niaga pasar malam bila dpt tawaran sebagai
guru ganti kt SK Pelabuhan Klang. seingat aku ngajar BM kot.. itu le dunia pertama aku sebagai guru.
lepas abes STPM sementara tunggu result, aku kerja
ngajar lagi kat SK Sg Choh. guru ganti juga. ngajar apa ek? lupa le. tapi aku jadi
jurulatih takraw sekolah. dn buat pertama kalinya sekolah tu mencapai
prestasi paling buruk dlm kejohanan takraw daerah!. huahuahua..
(aku tak reti main takraw sebenarnya)bila masuk UKM, dlm cuti tahun 1, aku kerja kt
kilang komponen buat ekzos kete proton. kt Meru. 2 bulan aku keje. okey le keje situ sehinggalah satu hari aku gaduh dgn supervisor aku. aku letak jawatan serta merta. puncanya aku dimarah sebab tunai solat maghrib waktu buat overtime. padahal supervisor tu melayu islam juga.
masa cuti tahun 2, aku keje kilang lagi kt meru. kali ni
kilang percetakan. buat kad raya, kotak, pembalut dn lain2. kt kilang ni le aku belajar byk erti hidup. ada sorang mat bangla yg sgt2 berlagak. mentang2 le dia line leader. dia buat kami2 ni anak tempatan mcm org bangla juga. aku bebrapa kali "sound" dia agar jaga perlakuan kt tempat org. tapi dia berlagak amat. akhirnya lepas aku berenti keje kilang tu, aku dgr mat bangla tu kena belasah org ramai kt pasar malam. huhu..
supervisor sepet kilang tu juga agak berlagak. bila meronda dia akan bawa sebatang besi. dia kan berjalan sambil heret besi kt penghadang besi dn akan mengeluarkan bunyi yg amat nyaring. besi bergesel dgn besi. tanda bahawa dia sdg meronda.
aku berenti kilang tu setelah aku
dimarah kerana ambil cuti waktu raya haji dn
gaji aku dipotong setengah bulan!. "Lu olang melayu mau belapa kali laya satu tahun?" celaka punya sepet.
dan kilang tu pun dh terbakar tak lama lepas aku berenti kerja. hehe. woit!. bukan aku tau! haha.
masa cuti tahun 3, aku kerja kt
kilang elektronik pula. pasang tv jenama cikai punya. nama jenama pun pelik. alaa.. tv murah2 yg jual kt pasar malam kot. masa kerja kt sini le aku kenal betapa peritnya keje dgn bangsa
asing sepet. kena marah, herdik dn maki. mmg jadi kuli sgt2. mmg diperah sungguh tenaga. betapa hina rasanya jadi bangsa melayu yg kerja bawah bangsa sepet nih. aku berenti kerja kilang nih sebab masuk thn 4. dn tak lama lepas tu kilang ni tutup sebab bangkrap. hauhuahua.. padan muka marah aku lagi.
abes ijazah dn diploma pendidikan,
aku keje jd cikgu kt sarawak. tak mcm sekarang, dulu sblm praktikal dh dpt tahu nk posting kt mana. 5 tahun stgh kt sarawak dn masih belum puas duduk sarawak.
sekarang aku masih lagi jadi cikgu.
masih cikgu cabuk juga. kt kuala selangor nih. minta balik sini pun saja2 je main2 isi borang. bila dpt posting balik sini, rasa menyesal pula. kenapa le aku awal sgt balik kampung. plan asal aku nak 15 tahun dok sarawak sana. huhu
alhamdulillah, aku masih bekerja. dn aku tak lupa membayar zakat setiap gaji yang aku terima. melalui potongan gaji juga.
semoga Allah beri kekuatan untuk aku terus bekerja.
selamat hari pekerja untuk semua. bagi yang belum bekerja, moga2 cepat2 dpt kerja.
note:
aku tak setuju tuntutan ceupacs umur bersara dinaikkan kpd 60 thn. bagi aku ini akan menimbulkan kesan pengangguran yg dahsyat kpd rakyat. ramai yg berkelayakan, tapi tak dpt kerja sebab ramai yg belum pencen. biarlah rezeki merasa sama2. dn 60 tahun tu.. tumpu kt cucu dn ibadat udah je leee..