Friday, April 11, 2008

kisah gambar II

salam ceria =)

aku tgh takde mood. aku terus cerita le gambar tu. cepat habis lagi senang hati.

gambar II: demonstrasi silat gayung oleh pelajar2 sekolah. ada 3 orang guru yang ahli dalam silat nih. dan seorang yg low profile tak mau bising2 yg dia pun ahli gayung gak sejak sekolah menengah lagi. hmmmm.. sapa ek? * tak tau tak tau* hehe.

(dia low profile sebab pemalas nk sebuk2 kang kena latih bebudak tuh nanti tak pasal2. byk sgt keje dia skrg..)

tapi dia tgh risau gak sebab.. penolong kanan yg ahli gayung tu dh dpt kesan dia nih. aish!. org kata.. watak ahli gayung dpt dikesan sesama ahli, walau berlainan perguruan. cara berdiri tegak org gayung tak sama; kata penolong kanan aku. iye ke?.. =)

bagus belajar silat nih. sebagai satu senaman dan mengekalkan budaya bangsa juga. sapa tak suka silat, boleh le belajar yg lain mcm akaido, wushu, taekwondo dn lain2.

tapi aku lebih cadangkan silat le, sebab warisan bangsa. tak kira le silat apa pun gayung ke lincah ke cekak ke..

anak2 sgt bagus belajar benda nih. lagi2 le mcm2 hal berlaku sekarang. sekurangnya2 mereka belajar erti mempertahankan diri kalau terjadi apa2.

aku juga nak nasihat le mana2 orang pompuan yg ada silat tuh. kalau ada lelaki maniac ke, perogol bersiri ke, lelaki miang ke.. jgn le tunjuk terrer nak lawan mereka2 semua.

langkah paling baik ialah melarikan diri selaju2nya sambil jerit minta tolong. atau ambil batu sambil baling sambil lari minta tolong. melawan bila hanya terdesak saja. bila musuh kesakitan, lari le lagi. kalau terdesak juga, buka le buah pukulan kilas ke, sendeng ke, pancung ke.. atau kuncian emas atau kuncian sawa. dah patah riuk tulang temulang org tuh jgn pulak ngade2 nak tolong dia pula. nahas je.

hebat camna pun org pompuan dgn silat korang, tak dapat melawan kuasa tenaga power ranger lelaki maniac tadi. so.. take care.

bagi akak2 yg dah kawen. lagi bagus belajar silat. kalau suami2 tu malas nak gi kerja, atau liat bangun solat subuh, atau cuma tau tgk tv je tak nak tolong kt dapur.. hehe.. silat kan aje. bagi dia satu kunci kilas belakang.. hahaha apa punya nasihat daaaa.. *jgn buat weh. gurau aje*

yang lelaki pula, elok belajar silat nih. belajar teknik betul genggaman. takle menumbuk dgn tapak tangan.. atau menendang guna hujung jari kaki. dan takkan nak nyorok belakang bini kalau jumpa peragut? huhu. sendiri pikir le bro..

ok.. kita jumpa lagi di siaran akan datang.

Thursday, April 10, 2008

kisah gambar 1

salam ceria dan bahagia =)

aku mula2 ingat nk keras hati tunggu orang sponsor baru nak cerita apa kisah2 gambar tuh. tapi nampaknya blog aku tak komersial. tak glamer dan tak bertaraf selebriti. so.. tadek sesapa nak sponsor cerita2 tuh.

namun oleh kerana aku kesian kat korang2 le yang tertunggu2 apa cerita gambar tuh. maka aku cerita juga le dgn ringkas, sesuai dgn budget kecik je.. maklumle drama murah punya.

aku mulakan dgn gambar 1.

aku sebenarnya taknak cerita kenapa budak tu buat cam tu kat cikgu dia. aku cuma nak bagi tau cikgu yang pakai tudung hijau tu cantik orangnya. dia cikgu praktikal. dan dah bertunang. iras2 cina muka dia. huhuhu jahat sungguh aku le.. *gatal*

ok.. tu baru intro.. ni baru cerita dia.. :)

beberapa tahun dulu, ada sekumpulan guru praktikal datang ke sekolah. mereka kumpulan yang baik2 dan aktif sewaktu menjalani praktikum. amat disenangi oleh pelajar dan guru2 juga.

satu hari aku bersedia untuk masuk kelas tingkatan 3 untuk mengajar mcm biasa. sampai kt pintu kelas aku tergamam. apa taknya, meja dh berubah. rupanya budak2 aku tuh nak mengadakan jamuan perpisahan untuk guru2 praktikal. sebagai guru kelas, aku tidak dimaklumkan langsung akan jamuan tersebut. dan mereka tak minta izin pun nak guna waktu aku mengajar utk buat jamuan. pandai2 mereka je sendiri plan tak bagitau aku.

takpe le.. aku mengalah dan kembali ke bilik guru. jamuan diteruskan oleh budak2 bersama cikgu praktikal. aku yang kt bilik guru hanya memandang dari tingkap cermin saja. dah le aku guru kelas mereka, tak diberitahu ada jamuan, guna pula waktu aku mengajar tanpa izin utk buat jamuan, aku pun tak dipelawa turut serta jamuan tuh. adeh lee..

sehingga jamuan habis aku langsung tak dipelawa. hmmmm.. mujur le form 3. budak2 sgt. tapi esoknya aku tegur kesilapan mereka. aku terangkan satu2 adab kepada guru.. bla.. bla..bla... lain kali jemput ... bla.. bla... sampai penat cakap. tapi satu maaf pun tak keluar dari mereka!

aiseh.. akhirnya cerita tingkahlaku mereka diketahui juga oleh guru2 lain. ntah mcmana boleh pecah. seminggu budak2 tu kene leter cikgu2 lain tiap kali masuk kelas. dan setiap kali aku masuk kelas mereka, pasti mereka minta maaf. hehehe.. dasar cikgu ngade2.. aku buat2 tak dgr je. padan muka! tapi dlm hati maafkan aje.. lagipun budak2 kecik. mana tau protokol..

sekarang cerita gambar tu:

budak tu form 4. kelas sastera. dia kena sebut ayat wish wish wishes.. mcm kt n3 bawah. tapi dia gagal lalu meluru cikgu praktikal dan memeluknya dgn manje. cis! menyampah.. hehe.. jeles? mana ada jeles.. haha.

waktu cikgu2 diberi peluang mencuba kalimah tu, apa kata kalau aku cuba sebut dan kemudian buat2 mcm tak fasih lalu aku meluru ke arah cikgu tuh mcm budak tu buat... hehe.. tapi aku org baik kan.. so.. aku takle buat kerja tak senonoh tuh. haha. jahat punya idea. sungguh! tak baik tau wahai cikgu jawe..

gambar kedua lain kali je lah. dah ngantuk..

Wednesday, April 9, 2008

promo dulu

aku nak promo dulu entry akan datang. hehe.. kalau ada penaja aku cerita le apa yg berlaku.. =)

eh.. eh.. kenapa nih? kenapa budak tuh? kecemasan ke?. tapi kenapa cikgu2 senyum pula?


aik?.. main banting2 sakan..


eerr... ni apahal pula?.. kenapa pandang camtuh? huhu

nantikan siarannya di depan pc anda. bermula... eer... ntah le... tengok le kalau rajin. hua hua hua..