Saturday, February 9, 2008

doa jika rasa tertekan..

دعا اين دلفظ جك ديري مراسا سمفيت دان فاياه
اللهم ألطف بى تيسير كل عسير. فان تيسير كل عسير عليك يسير. اللهم يسر لى أمورى مع الراحة لقلوبى و أبدانى والسلامة و العافية في دينى و دنيايا.

Allahumma l tuf bii taisir kulli 'asiir. fainna taisir kulli 'asiir 'alaika yasiir. Allahumma yassir li 'umuri ma'ar raahati li qulubi wa abdaani was salamah wal 'afiah fi dini wa dunyaaya.

maksudnya:

Ya Allah.. lembutkanlah bagiku merasa mudah setiap yang payah. kerana memudahkan yang payah amat mudah bagiMU. Ya Allah.. mudahkanlah segala urusan ku, bersama rasa tenang dalam hati ku dan tubuh ku. Juga berikanlah keselamatan dan kesehatan dalam amalan agama ku dan pekerjaan dunia ku.

atau boleh juga amalkan doa Nabi Yunus a.s:

لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظلمين

Laa Ilaha Illa Anta Subhaanaka Inni Kuntu Minaz Zalimin.

maksudnya:

Tiada Tuhan selain MU, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku tergolong dari kalangan orang yang zalim.

sahabat..

walau apa yang kau lakukan saat ini, semoga urusan mu akan dipermudahkan Allah. moga kau keluar dari segala kepayahan dan dukacita. senyumlah sahabat. jangan terlalu bersedih. kerana ikan di laut, asam di darat, burung yang berterbangan, unggas di hutan rimba, biji2 kerikil dan bebatu, pepohon kayu dan rumput di bumi malah malaikat di langit pun sentiasa mendoakan kesejahteraan kita selaku umat Muhammad.. :)

note:

alhamdulillah.. anak aku dah besar dn faham yg umminya sdg jauh bercuti. post ni takde kena mengena dgn cerita aku. tapi doa tu jadi amalan aku setiap lepas solat.

Friday, February 8, 2008

aku dipaksa jadi suri rumah.

CAK!

hahahaaa.. assalamu 'alaikum.. eheheheh

apa nih. semalam kata hari ahad baru nak jumpa. ni baru jumaat daa..

ok. macam ni. kalau ikut jadual asal mmg hari ahad. tp mlm tadi berlaku peristiwa menyayat hati. aku dijadual pergi ke langkawi menemankan isteri aku ke sana. ada rombongan guru2 smka ke langkawi. sekali ppd yg iso kononnya tu.. tak benarkan bawa suami/isteri. hanya guru smka je boleh pergi. hampeh.

setelah bantahan dan rayuan dari guru2 smka, akhirnya suami/isteri boleh ikut, tapi takleh bawa anak. aku nak kata apa eh dgn puak2 kt ppd tuh? jembalang ke.. huhuhu kasar bahasa. mmg patut pun. jembalang kuala. itu pun kira sopan je gelar cam tuh.

(sbnrnya rombongan tu rombongan sosial biasa je. cuti2 malaysia. tp ppd nih saja buat onar.. siap le ko kena sumpah kami2 yg kena tinggal suami/bini nih)

adeh. nak jadi cerita, ingat nak letak anak aku kt nenek dia. sekali nenek dia balik johor. pastu nak letak kt pengasuh. pengasuh pula balik kelantan. nak bg adik aku jaga, anak dia ramai. kesian. nak bagi kt ehem..ehem..jaga, ehem..ehem pun takde. *aku baek apa. mana ada ehem..ehem..* sungguh!. huhuhhuuu Allah Maha Adil. sbb tu disyariatkan poligami. hahahaa *gelak jahat*

last.. aku je le jaga sambil merelakan isteri aku pergi langkawi dgn kwn2 dia. tinggal le aku keseorangan, kesepian bersama anak. sambil membayangkan seolah2 aku tgh naik kereta kabel kt gunung mat cincang! huhuuu

note:

mlm tadi jam 2 anak aku cari umminya. menangis melalak. lps buat susu, tidurlah dia. mujur juga dia tak menyusu badan. kalau ya, aku nak bagi ape?. ekekeeee. adeh, baru 2 jam. (isteri aku bertolak jam 12 tgh mlm td). ni pula 3 hari nih. jenuh le aku nak jawab kt anak aku kang. bukan mudah membesarkan anak berseorangan. lagi2 anak lelaki baru umur 4 tahun.. owh, aku kena zahirkan sifat keibuan dn kebapakan aku serentak. hahahaaa.

kena cari ehem..ehem.. nih tlg jaga anak aku dan aku juga. :) boleh ke camtu?

Wednesday, February 6, 2008

cinta sejati..

sahabatku..

demi Allah, tiada satu musibah pun yang kekal dalam hidup ini
bagaimanapun beratnya.
jika suatu ketika ia menimpa
janganlah anda tidak berdaya kerananya
jangan pula banyak mengeluh
kerana ia pasti akan lenyap.

betapa ramai orang terhormat
yang dulunya sering ditimpa musibah
namun ia tabah sampai musibah itu lenyap
dan meninggalkannya.

lalu mereka terima penghormatan Illahi..

sahabatku..

aku beri kamu kisah ini,
agar jadi teman dalam sedihmu.

- Nabi Daniel dikurung di bawah tanah bersama 2 singa.
- Nabi Nuh dituduh gila. 950 tahun berdakwah; hanya 85 orang beriman dengannya. anaknya sendiri pun kufur engkar padanya.
- Nabi Luth mengajak kaumnya jauhi cinta jantina sesama, isterinya pula mengkhianatinya.
- Habibun Najar dibunuh dipijak perutnya. hanya kerana mengajak orang kampung beriman pada Yang Esa.
- Nabi Zakaria dibunuh digergaji tubuhnya. kerana menentang hasrat Herodus mengahwini Herodia anak saudaranya.
- Imam Abu Hanifah dipenjara dan dirotan di mukanya. lalu wafat dalam penjara.
- Aisyah Ummul Mukminin difitnah bermain kayu tiga.
- Maryam pula difitnah mencemar harga dirinya. kerana mengandungkan Isa tanpa bapa.
- Zainab binti Rasul berhijrah ke Madinah hanya dia. lantaran suaminya beriman tiada. keguguranlah Zainab ditengah pasir tandus, membawa pada wafatnya.

sahabatku..

adakah ujianmu sehebat mereka?

sahabatku..

sebahagian mereka menangis kerana payahnya musibah
tapi mereka redha dan hati pasrah
lalu pada Allah jiwa diserah
namun iman tidak sesekali goyah.

menangislah sahabatku
kerana mereka juga menangis
kerana adakala ujian itu amat tragis
namun iringi tangisan dengan solat dan sabar.

dan saat kesabaran muncul tatkala musibah
maka musibah terasa ringan.

sahabatku..

bersangka baiklah pada Allah
ujianmu untuk menghapuskan doa silammu
dan mengangkat maruah dirimu
dan memuliakanmu
di sisi manusia dan disisiNYA.

diubah suai dari buku Laa Tahzan (Jangan Bersedih)
oleh Dr Syeikh 'Aidh al-Qarni.

note:

aku akan bercuti mulai hari nih. banyak perkara nak diuruskan sebenarnya dalam cuti nih.
selamat bercuti semua. jaga iman, jaga solat dn diri baek2. jgn nakal2 tau. :))
kita jumpa lagi ahad ni. insyallah.