Saturday, November 27, 2010

sampai hati betul laa

19 november. mungkin ramai yang tak tau. iaitu Hari Lelaki. dan itu juga Hari Tandas Sedunia

sampai hati laa sapa2 yang wat gitu. orang pompuan yang anti lelaki kot. hahah!

oke kpd semua lelaki spt aku. ni ucapan backdated. Slmt Hari Lelaki. kpd org pompuan.. jgn buat kami mcm tandas korang! hoh!.. =)

Sunday, March 22, 2009

mula sekolah lagi =)

salam =)

minggu dpn dh mula sekolah semula. bermakna keje aku kembali sebuk. org kampung aku kata bizi as a bee. :P

antaranya:

1. ujian bulanan blm buat. org lain dh hantar markah. aku soklan pun blm taip. pemalas betul le bdk2 tuh. huhu..
2. analisa spm dh siap. aku pulun sepanjang cuti kt rumah. tp takkan print pun guna kertas dn dakwat aku. dh le letrik umah aku sklh x byr. huhu
3. maka bermula la sgl maknenek strategi P&P yg aku rancang utk mengajar tapi akan dibakulsampahkan oleh student yg blurr dn tdo dlm kelas.
4. deretan alasan paling tak masuk akal akan aku cipta dlm post mortem stpm dn spm minggu depan, terutama subjek aku yg menjunam jatuh.
5. kerja2 data, perkeranian, pegawai siasatan, pegawai kaunseling, tukang pujuk rayu, tukang kayu, tukang kebun dan ahli tetap kantin sekolah. haha..

Saturday, March 21, 2009

hadoii laaa..


salam ;)

hadooiii laa.. sgt tk best bila dtg perasaan mcm ni. boring amat! huhu..

basuh kete pun tk menghilangkan rasa boring tuh. meh le korang antor kete kt aku. aku tgh tadek keje nih. lori, bas, ketapi, lrt, kapal selam, kapal perang pun ok gak. blh aku basuh2 sampai kilat.

aku basuh free ajek dgn byrn 50 ringgit satu kete. haha!

kalau boring camnih, aku mesti makan byk. huhu..
lepak2 kt pantai jeram best nih. sambil layan abc aiskrim dgn kerang bakar. :)

nota: kdg2 tenet juga membosankan. :P

dilema kawen dgn ustat

salam semua :)

masa aku jd presiden amerika syarikat persatuan mahasiswa selangor ukm, aku pernah cuba bantu kenenkan beberapa org exco yg pompuan dgn beberapa org kawan aku dr fakulti pengajian islam.

aku pernah juga cuba bantu bbrp org kawan cikgu pompuan dr aliran akademik dgn ustat2, mrk semua menolak.

antara alasannya:
1. susah le cj. nanti nk ronggeng mak timah kepek payah.
2. alaaa.. nanti nk dgr lagu mesti tk bagi.
3. isk.. mesti ngaji dgn sembahyang aje kan.
4. nanti mesti semua tak boleh. itu ini semua tak boleh.
5. iskk cj. gua rock le. payah nk ikut rule dia nanti.
6. nanti kena pakai jubah, tudung labuh dgn sarung tangan. pastu kena jadi alim. payah le cj.
7. nanti tk bagi keje. susah2 aje aku belajar tinggi2.
8. aku nk kawen dgn hang le cj. bukan ustat tuh muakakakaka!.

aku tk nafikan, mmg ada sbhgn suami yg agak keras dlm peraturan berkeluarga. tk benarkan isteri bekerja, tk benarkan isteri keluar bersosial dgn kwn2 walau skdr gi jln2 eye shopping. kalau kt umah tu, tv haram tgk. dh tau haram bakpe beli tv?. *bengong*

ada kawan aku tuh, dia kawen dgn tabligh. masa mula2 nk kawen. tunang dia yg tabligh tu bg dia syarat mcm2. isteri tk blh keje. mesti dok dlm rumah. kalau keluar pun pakai purdah. tp bila dh kawen baru dia tahu realiti hidup. susahnya nk mulakan rumahtangga, isteri msh perlu menyara adik beradik dll.

akhirnya, dia sendiri benarkan isteri dia keje. sbb dia sendiri pun sedar dia tk mampu nk sediakan semuanya! mana nk byr rumah, sewa kete, makan pakai isteri dn lain2.

bg aku la kan, kdg2 ustat2 ni terlampau cerdik tk kena tempat. alim tak bertempat pun ye gak kot. memandai aje haramkan lagu. nasyid pun dia kata haram. tak tau ke yg al-farabi, ibn sina semua ulama tp pakar muzik. begitu juga dgn ahli2 tarikat syazaliah yg gunakan muzik dn tarian dlm zikir. dn setahu aku ulama yg menentang mrk hanya berhujah dgn dalil yg lemah.

ok, aku tk sentuh hukum nyanyian dn tarian spt pendpt ibn hazim, al-qardawi, al-asyqar dn al-albani. pnjg cerita lak. sbb ada halal dn haramnya. huhu..

kalau ustat tu tk benarkan isteri dia keje. itu hak dia. tp kena pastikan dia tu mampu sediakan segalanya. perbelanjaan, keperluan, persekolahan, makanan, tempat tinggal, keselamatan.. segalanya!. aku tk kata le isteri yg keje sbb suami dia sengkek. isk.. korang nih puunn. aku kata ini realiti hidup. kaum wanita pun ada hak utk bekerja.

nampaknya dilema anak2 gadis takut berkahwin dgn ustat akan berterusan. selagi ustat2 ini yg punya ilmu yg luas tp masih berfikir spt dlm kurungan rotan yg mrk sangkakan emas.


bg anak2 gadis juga. mungkin kawen dgn glgn ustaz ni satu langkah hijrah. apa slhnya berubah. jika perubahan itu lbh Allah redhai. =]


"mslhnya cj.. ustat2 ni le yg ramai kawen dua.."


pulaakkkkk...

Friday, March 20, 2009

intai dunia dari mata semut :)

salam semua :)

jom refresh ilmu alam geografi kita. :)

tajuk: fungsi tumbuhan.

1. pokok2 bernafas [makan- betul ke aan?] melalui proses fotosintesis. ia menyerap karbon dioksida [CO2} [contoh kentut kata cikgu aku] dan membebaskan oksigen {O2}. oksigen sangat penting untuk manusia dan haiwan bernafas.

2. tumbuhan juga berperanan sbg penahan dari hakisan tanah akibat berlakunya hujan lebat baru2 ini.

3. kehijauannya dapat menyegarkan mata setelah mengadap laptop selama 5 jam tanpa henti.

4. mari kita konon2 jadi semut. kita tgk indahnya tumbuhan hijau di bumi dari kacamata semut. semut guna kacamata jenama apa eh?.


cantik kan?. hehe

5. oleh itu, mari kita kekalkan kehijauan alam. jangan musnahkannya.


woit cj! ko bila nk nebas laman rumah haaaaa?. dh mcm rumah tinggal. mcm hutan belantara.! huh!! udah2 le tu bloggging. pegang cangkul sekarang!!..

theee hii hiii..

Wednesday, March 18, 2009

nama saya rien :)

satu pagi cuti sekolah.
[lagu standard nokia]
019-XXXXXX
aku:"hello.."
dia: "assalamu alaikum"
aku:"wa'alaikum salam"
dia: "blh bercakap dgn ahmad?"
aku:"saya bkn ahmad"
dia: "takde nama ahmad?. ni kat mana?."
aku:"kuala selangor"
dia: "ops, saya slh nombor. maaf ye"
aku:"takpe. slmt bercuti"
dia: "ekekekeke"
tuuuuuuttttttt....

kira2 20 minit lps tu.
[tettet tettet]
ambik nokia. ada msj masuk. nombor mcm nombor masuk td.
"salam. nama sy rien. sy dari ampang. blh kita bkenalan?. sdra blh jd kwn atau abang angkat sy. sy msh belajar.."
"salam. blh je. sy seorg cikgu, dh bkahwen ada isteri dn anak sorang. harap2 kita dpt jd kwn yg baik krn ukhuwwah islam"
"trma kasih sbb sudi jd abg angkat rien.." [bila masa aku kata setuju?]

msj setakat tuh.

1 minggu lps tu.
[tettet tettet] msj masuk.
"salam cikgu. rien nk mnta tlg. blh topupkan nset rien.. hihi"
"salam rien. aik, baru kenal 1 minggu dh minta topup?. tak elok sy topupkan nset awk. dn tk elok awk minta topup dr org yg awk tak kenal. tq"

msj terus berenti sampai skrg.

[kisah 1 thn lps. hehe..]

..................................................................................
pigi dah bdk permatang. nk uji cikgu awak le tuh. rien dr ampang konon. knp ko tak ckp je fasha sandha ke, julia ziegler ke, raja farah ke, farah puteri ke, anita sarawak ke atau rihanna, beyonce... cit!

.... bersambung le pulookkk ....

Monday, March 16, 2009

aku sbg tukang taip

salam :)

ni le antara keje aku sbg su peperiksaan spm. keluar je kptsn, kena pula buat analisa bagai. buat graf prestasi setiap matapelajaran, dptkan gps [gred purata sekolah] sekolah dn buat graf perbandingan sejak 1998 - 2008. huhu

aku buat dgn excel jek. siapkan formula dn masukkan angka.


semua subjek mesti dibuat analisa. jadikan dlm btk graf dn dptkan gps setiap subjek. pasni sgl data akan dibawa dlm mesyuarat post mortem. haaa.. masa tu le berpeluh nk menjawab awat prestasi merudum!. kekekekeke [aku le tuuuu]



tp aku tk heran dh kalau ada subjek turun naik. byk sbb dn bkn semata2 guru. kdg2 kualiti murid, strategi mengajar dn lain2 jd punca gak. tp kalau ikut nazir, mrk kata mesti silap guru punca prestasi jatuh. pala hotak dia!

gambar kt atas contoh keje analisa yg aku buat. bdk2 sklh aku bdk kampung. tau main2 aje. jd prestasi bdk pun suam2 kuku aje. ops!. bdk terbaik sklh aku spm 2008 cuma dpt 7A.

nota: n3 ni sbnrnya nk tolak n3 sblm ni ke bawah. ustaz kata tk elok tgk org tk pakai baju. otak blh bebal. kekekeke

Sunday, March 15, 2009

apa yg kau lihat?

salam semua :)

apa yg korang lihat?


patut le bdk2 sklh skrg makin gedik, makin gelenyar.
laki pompuan sama jek. :(

kalau tiap2 hari bdk2 nampak..
tiap2 tahun cikgu terpaksa terima cucu.

aku pun terpaksa buat2 tk nampak.
tp mata ni mmg nakal.
nk juga melirik hujung mata sambil cover2 gitu. haha!

adeehhh.. :P

isk..
korang pikir apa?.
aku nampak perkataan SALE kt bunting kuning tuh
kekekeke..

cinta untuk ain

salam :)

masa mula kawen dulu, mak aku pesan jaga isteri baik2. didik dgn sempurna, jgn sesekali berkasar apatah lagi naik tangan. rajin tolong isteri dn hormati keluarga pihak isteri. mak aku pesan lagi.... [adeehhh! tk larat nk tulis]. terasa mcm mak aku yg lepaskan anak dara dia, bkn anak bujang. haha!

lps kawen, aku ikut perangai aku sendiri.

aku jahit sendiri kain dn seluar koyak. iron baju sendiri, basuh dn sidai baju [yg ada pampers terbasuh sekali :P]. angkat kain dr ampaian dn longgok atas sofa. masak juadah petang kalau rajin, buat air sendiri, basuh anjung [masa aku tulis n3 nih, isteri aku tgh basuh anjung], vakum rumah dn aku plg terakhir tidur stlh pastikan semua pintu dn tingkap tlh dikunci.

seingat aku sejak kawen, aku belum pernah minta isteri masak apa yg aku nak. aku makan aje apa yg dia masak. [walau kdg2 rasa masakan dia terpelanting dr bumi terus ke langit. haha!]. aku juga tk pernah minta isteri aku buatkan air special dn kemudian letak sblh meja aku baca paper.

selalunya air minum sarapan dn minum ptg aku buat sendiri. ada masa juga isteri aku buat dn kami akan minum bersama.

tapi ada bbrp perkara yg rasanya aku blm pernah buat sejak kawen spt lipat baju sbb aku mmg tk reti melipat kain. dulu masa dok asrama aku longgok je dlm almari. kalau nk pakai masa tu baru iron. haha!

ok. kenapa aku cerita semua nih?. aku pelik dgn sikap sbhgn suami yg anggap isteri dia mcm bibik. sudah le siang bekerja sama2 cari makan, blk kerja kena kerja lagi kt rumah. mlm dikerjakan pula. ups! hihihi..

ada pula yg menengking keluar kata2 bodoh, bangang, lembap dpn isteri. isk..

nota 1: cinta utk ain aku blm pernah tgk. bdk2 aku kata best. aku kata aku tk minat drama cerita cinta. aku tak minat que haidar dn nabila huda.

nota 2: cinta utk ain hari apa eh?. dia cerita psl apa? katanya tv3.

nota 3: aku suka tgk pemanduku jutawan. sengal jek. haha!

nota 4: mak aku pernah pesan kawen sorang jek. tp sejarah moyang dn atuk mrk semua kawen lbh dr satu. aku rasa aku cucu yg baik. selalu ikut kata atuk. haha!. tetiba jek.

Saturday, March 14, 2009

bdk aku ni laahhh..

salam :)

pd pendpt aku, antara kelebihan cikgu praktikal ni, mungkin mrk pandai tackle bdk2. hehe.

mungkin sbb umur mrk tk jauh beza dgn murid, atau mmg murid yg menggatal tak tau le. tapi yg aku pasan thn ni, ada sorang cikgu praktikal pompuan yg jadi kesukaan ramai murid.

dia lemah lembut, suka tersenyum dan orang muor. kekekke. kira terserlah le sifat ke-kakak-an kt bdk2 dn keibuan kt cikgu2 lelaki. heh!

kwn2 cikgu lama dh bising. bdk2 mcm naik seh bila tgk cikgu nih. kt kantin masa sarapan, kalau cikgu ni dok tepi tingkap, bdk2 lelaki sengaja lalu lalang kt luar tingkap 4-5 kali. pas dia pindah ke meja dalam sket [lps kami suruh], baru le bdk2 tu reda. haha!

ada satu masa tuh, aku tgh ngajar kt pusat sumber. cikgu ni masuk dok meja lain blkg aku. blhnya 2-3 bdk aku yg tgh aku ngajar tetiba berdiri menuju cikgu tuh tak pasal2. terus aku tengking bdk tuh. aku tgk muka cikgu tu berubah le gak. mcm le aku marah dia sekali. haha!

aku juga terima aduan dr cikgu lain, yg bdk lelaki pernah jumpa dia kt kuarters mlm2. mcm le tk cukup siang nk jumpa.

aku tk tau le mcmana dia kt kelas dgn bdk2. khabarnya dia pernah kena buli bdk2. aku pernah nasihat spy dia tegas sket. tp dia jwb tk sampai hati sbb dia anggap bdk2 tu mcm adik dia sendiri. aiseehhh..

ok, naik sklh nanti aku nk slow talk lg dgn cikgu pelatih tu. nasihat dia hati2 dgn bdk2 awal remaja nih. lagipun mmg tiap2 thn bdk2 aku nih naik syok dgn cikgu pelatih. aku pernah rampas satu wallet bdk lelaki yg ada gambar cikgu pelatih dlm wallet dia.

ke mmg cikgu pelatih ni layan bdk2 lbh dr patut? huhu..

bila hati mula beransur pergi..

salam semua :)

pelik dunia blog ni. tak pernah bersua dn tak pernah berbicara kata. tapi ukhuwwah diikat dgn erat. hanya bait2 tulisan dlm ym dn blog jadi jambatan menghubung persaudaraan kita.

tidak ada seorang pun blogger yg dlm senarai list ym yg aku tahu nombor telefonnya. malah ada yg tak pernah aku lihat wajahnya. tak tau pun di mana tinggalnya dan ntah siapalah dia.

tapi kita semua jadi sahabat yg rapat. jadi kawan yg mengambil berat. jadi teman yang mesra.

justeru bila ptg td aku dpt offline mesej drpd slh sorg yg blogger, yg dia nk undur diri. aku tk dpt sembunyikan rasa sedih. tambah lagi bila blognya tak dpt diakses lagi. terus dipadam. terus aku terpempan!. sungguh..


tp sy rase ini la jalan yg trbaik utk sy waktu nih... menenangkn diri...mencari kekutan2 yg hilang
nana nur: bole x sampikn salam kasih sy pada member blogger semua cikgu?
nana nur: ntah ble kte akan brsua dialam maya lg
nana nur: entah kejap, entahkn lama
nana nur: skali lg...trima kasih cikgu...

iman qaisara. aku dh sampaikan pesanmu pd mereka. kpd rakan2 blogger, mohon doakan kebaikan dan kesihatan untuk iman qaisara. maafkan le kesilapan dia dn terima le dia seadanya dn sbg rakan selamanya.

nota: ntah kenapa kan. melihat rakan2 blogger berundur sorang demi sorang, hati dicuit rasa. mcm ada rasa kejauhan di situ. member aku pindah sekolah pun aku tk rasa spt ni. huhu..

Friday, March 13, 2009

mulut ampu?

salam semua =)

hari tu kannn, aku ada clash sket dgn aku punya PK. alaa.. clash manje gitu. kekekeke.. aku tk puas hati dgn dia sbb satu peristiwa masa mtq 2009 tu le. sikit je lwn ckp kt opis. bkn bertumbuk pun.

pastu kan, aku gatal mulut cerita sket kt 2-3 member yg aku geram kt PK. pot pet pot pet aku bebel. maklum le aku nk juga habiskan saki baki geram kt dalam poket ni ha..

tadi kan, lps jumaat PK tepon aku. dia tanya apa benda yg aku tk puas hati psl dia. pastu dia minta maaf sbb terkasar bhs dgn aku ritu. waaaaa! PK tepon minta maaf dgn aku tuh. kekekeke..

aku rasa mcm nk tergelak aje. isk.. aku pun minta maaf juga le kt dia kan. masa tu msg2 tgh tensen. ok, setel!


note: aku anggap benda ni dh setel. masing2 dh memaafkan. aku juga maafkan tukang yg sampaikan. dn aku tak berminat nk tahu sapa yg sampaikan. lantak dia le. haha!.

Thursday, March 12, 2009

2 berita

salam :)

2 berita aku terima serentak.

berita gembira.

1. sekolah aku johan keseluruhan kejohanan olahraga peringkat daerah dengan memungut 30 emas.

2. juga johan dlm beberapa acara dlm mtq 2009. spt n3 kt bwh. :)

aku suka! aku suka!


berita kurang gembira.

1. bdk2 form 5 thn lepas yg aku ajar, merosot teruk dlm spm 2008. kalau thn 2007 cuma 1 org gagal. thn 2008 14 gagal. huhuhu.. apa aku nk jwb kt boss neh.

perbandingan:

spm 2007
lulus 98%
gagal 1 org

spm 2008
lulus 83%
gagal 14 org.

adeh.. nk gembira ke nk sedih nih. ^.^

MTQ 2009 - keputusan sklh aku

salam :)

alhamdulillah. majlis tilawah al-quran (mtq 2009) baru je tamat sbntr tadi. rasa lega dn lapang.

ni keputusan sklh aku

1. tilawah al-quran lelaki - johan (tahun ke 6 berturut2)
2. tilawah al-quran perempuan - johan (tahun ke 11 berturut2)
3. hafazan buku teks lelaki - johan.
4. nasyid - johan.
5. hafazan al-quran perempuan - tempat ke-3

syukur pada Allah. penat lelah kami melatih berbaloi juga. paling puas hati sbb mengalahkan kumpulan nasyid yang dilatih kumpulan dvision. hihi..

aku rasa penat, tapi berbaloi dgn kejayaan ni. bdk2 yg johan cikgu pulak yg hepi lebih2. haha! =)

Wednesday, March 11, 2009

menanti esok

salam :)

esok majlis tadarus al-quran peringkat daerah. sekolah aku jd tuan rumah. aku pula jd penolong su. su itu setiausaha ye. hehe..


pamplet yg aku design. mcm huduh jek. haha!

saspen gak sebenarnya. sbb program besar nih. tp aku yakin dgn kerjasama rakan2 guru. utk pengetahuan korang, sklh aku johan tilawah al-quran perempuan 10 thn berturut2 dn tilawah lelaki 5 thn berturut2. pernah juga jd johan hafazan. semuanya peringkat daerah. pernah kalahkan smk agama, sekolah agama negeri, sm sains dan sm teknik dlm tilawah al-quran. [aku berat hati nk tulis yg ni. mcm riak jeekk.. hihi]

pencapaian terbaik bdk aku ialah tempat ke 3 selangor dlm tilawah al-quran perempuan 2 thn lps kot.

sbg penolong su, aku kena pastikan semua program akan berjalan lancar. mungkin ada kekurangan sana sini, tapi aku harap tak jejaskan secara keseluruhan.

acara yang dipertandingkan esok:


1. tilawah al-quran L & P
2. hafazan al-quran L & P
3. hafazan buku teks L & P
4. syarahan BM L & P
5. nasyid
6. berzanji dan marhaban.

tp yg kurang best.. esok kena pakai baju melayu. huhu.. aku kurang gemar pakai baju melayu. aku tk reti pakai sampin. muahahahaha!

juga aku pening. mana aku nk cari lagi RM1,700 utk cover makanan dn hadiah peserta. ----

Tuesday, March 10, 2009

syukur =)

salam =)

alhamdulillah. subjek sejarah stpm dpt keputusan 100% lulus dlm stpm 2008. dn hanya sejarah je yg dpt 100 persen lulus.

walaupun tadek yg dpt A, sekurangnya semua pelajar dpt B dn C.

aku suka sgt sbb bdk2 aku tuh lulus tanpa aku sangka. huhu.. cikgu2 paham le maksud "tanpa aku sangka" tuh. hehe. sbb kan masa diaorg lps exam tuh, aku ada call. tanya exam sejarah diaorg. bdk jwb: "ntah le cikgu. semua yg cikgu spot tak masuk."

aku sgt gembira dgn kejayaan student aku. aku rasa bahagia sgt dn berbaloi aku gi sklh dlm keadaan demam dn migrain. hehe.

hari ni semua cikgu yg ngajar form 6 tersenyum lega. bilik guru jd ceria dn berbunga. mana taknya, semua student form 6 kami lulus stpm. keputusan 100% lulus stpm. [walaupun ada subjek yg gagal, tp kelulusan berdasarkan prinsipal. sekurangnya 1 prinsipal dh dikira lulus. dn bdk aku 10 org dpt 4 prinsipal dgn lulus semua subjek]

syukur pd Allah yg beri student aku rasa gembira tanpa disangka.

waah!.. harus aku paksa PK belanja aku sarapan esok. muahahahaha!

Monday, March 9, 2009

migrain :(

salam :(

sakit kepala sgt. pusing dn mual. tk larat nk berdiri. apatah lagi nak duduk dpn laptop. rasa mcm nk tumbang. mujur ada wifi. blh le tenet sambil baring. yeaahhaaa!.

minggu dpn ada program majlis tadarus al-quran peringkat daerah. aku jd penolong su. tapi semua kerja su aku yg buat. [su kt sini bkn cikgu su blogger tuh.. hihi. jgn marah su].

aku pulak yg nasihatkan su apa yg patut buat dn tidak utk uruskan program mega. :P

isteri aku dn safwan pula kt kg. mcmana aku nk ambil nih. tak larat nk bawa kete. huhu.. kan bagus kalau ada drebar sendiri. lbh bagus kalau minyak dn kos baikpulih ditanggung oleh gomen. kekekeke..

sambutan maulid rasul kt kampung aku :)

salam :)

pg td ada sambutan maulid rasul kt kg aku. setiap pasukan akan berarak ikut zon masing2. aku berarak ikut zon umno. umno?. muahahaha!. adeehhh..

setiap zon akan menyerlahkan kreativiti masing2. ada yg berpakaian pengantin. ada yang dgn paluang gendang, ada yg bawa bunga telur, bunga manggar dan ada yg berpakaian seragam.

zon iskandar barat yg baju merah tuh.
siap ada pengantin tuu.. huhu.


kanak2 pun join sama. =)

acara kt mesjid.

kitorang berarak dr dewan belia ke masjid. sambil bawa sepanduk, bunga telur dn berselawat diringi paluan gendang. hujan gerimis masa berarak tuh.

kt mesjid pula, diadakan majlis bacaan berzanji, marhaban dn ada yg tumpang cukur jambul. beruntung le bayi tuh, kena cukur jambul masa ni oleh kiyai2 kampung pulak tuh. huhu.. tk silap aku ada le 10 org bayi yg cukur jambul td. :)

akhirnya diisytiharkan zon iskandar barat jadi johan perarakan. mana taknya, pengantin baru minggu lps join sama. siap baju pengantin lg. ntah dh basuh ke belum baju tuh. haha!.

sbg ajk sambutan, aku rasa lega. tp letih sket dn sakit kepala skrg. mungkin sbb kena hujan td.


esok sklh ke?.. huhu~ :P

Salam Maulid Rasul

salam :)

mari baca kisah menarik Maulid Rasul:

1. Abu Lahab pakcik Nabi. orang yang paling gembira dengan kelahiran nabi. dikisahkan dia segera ambil Nabi dan bawa Nabi Tawaf di Kaabah. tapi akhirnya orang yang paling benci dengan Nabi hingga disebut dlm Quran.

2. Berita kelahiran nabi disampaikan kepada Abu Lahab oleh Suwaibah al-Aslamiyyah, hamba Abu Lahab. dan beliau dimerdekakan oleh Abu Lahab kerana menyampaikan berita gembira itu.

3. Suwaibah org pertama menyusukan Nabi selain ibu Nabi, Aminah. Baginda menyusu selama 2 bulan sblm dibawa oleh Halimatus Sa'adiah ke desa Bani Sa'ad.

4. Suwaibah juga pernah menyusukan Hamzah b. Abdul Muttalib, bapa saudara Nabi.

5. Desa Bani Sa'ad ketika itu mengalami kemarau. Sejak Nabi mendiami rumah Halimah, kambing dan unta milik mereka jadi gemuk dan sentiasa mengeluarkan susu yang banyak. sedangkan jiran2 Halimah terus mengalami kemarau, kambing dn unta yang kurus tanpa setitis susu. menyebabkan timbul rasa hairan dan cemburu di klgn jiran2 Halimah.


dikutip dari Ensiklopedia Nabi Muhammad bab 1.


Allahumma Salli 'Alaa Sayyidina Muhammad Wa 'Alaa Aali Sayyidina Muhammad.

Sunday, March 8, 2009

cerita dr CH

salam =)

murid2.. cikgu baru balk dr CH. nk dengar cerita cikgu?. meh dok depan rapat2.. :)

masa pergi, kitorang naik ikut simpang pulai. jln luas, pemandangan cantik sambil pejam2 celik tgk gaung. haha!.. masa balik pulak turun ikut tapah. jln byk selekoh. byk tanah runtuh skala kecil dn aku menahan mual sbb drebar bas merempit masa turun.



kaktus dn ros yg biasa jumpa kt CH.
tp ada jual gak kt sg buloh. kekeke

strawberi, teh dn bunga liar ikon CH.
safwan sdg bermanja dgn kakak angkat dia. :)

cerita apa yg best?

1. CH tak sejuk. aku jln2 sampai berpeluh. tp aku tgk ramai yg pakai sweater tghari.
2. kami makan kt satu restoran kt brinchang. hampeehh.. CH kwsn sayur. tapi restoran tuh cuma masak tumis taugeh.
3. aku tak beli langsung strawberi segar. malah tk makan pun strawberi kt sana. hahaha!.
4. aku juga tak beli sayur. tomato kecik pun tak beli.
5. aku tak beli teh.
6. ops! aku beli madu dgn org asli. bkn membawa blk madu org asli tau. huhu..
7. safwan paksa mak dia belikan mainan pancing. dia guling2 kt lantai market. :P
8. safwan manja sgt dgn kakak angkat dia. tk blh nk renggang. buat aku jeles. :P
9. isteri aku beli sayur, teh perisa strawberi 5-6 kotak, teh biasa 3-4 kotak dan tshirt. org pompuan mmg kuat sopping kot. huhu..
10. mak aku lbh byk shopping. beli mcm2 sbb dia teringat adik aku dn cucu2 dia kt rumah.
11. abah aku mcm aku. dia cuma beli madu gak. =)
12. aku tk beli sebarang bunga atau kaktus.
13. sampai rumah, aku mintak strawberi segar mak aku. kekekeke..

wokeh, jgn pulak tanya: "utk aku cj belikan apa?". jgn nk ngade2 ye. kirim pakai air liur tk main le. haha!. tapi aku tk nak hampakan korang. aku snap gambar bunga ros dn kaktus. sila le jamu mata eh. hehe..


esok ada perarakan Maulid Rasul kt kampung. aku sbg ajk kena pakai baju melayu merun lengkap. mana aku nk cari? :